Friday, October 1, 2010

Dadah( UBAT )

Aku pasti korang semua mesti tahu bahawa kebanyakkan ubat diperbuat daripada dadah. Tapi aku pasti korang tak tahu( budak perubatan mungkin tahu ) mcm mane ubat boleh dibuat dan dipasarkan.
Ada 6 perkara kenapa ubat dibuat. Aku tak ingat semua tapi salah satunya untuk mencipta ubat yg lebih baik daripada yg ada dipasaran dan untuk mengubah  struktur kimia ubat tersebut supaya lebih stabil.
Sebelum ubat di uji oleh manusia mestilah kena uji kat binatang. Kesian. Nama ujian tu toximetery kalau tak silap. Kadang2 ujian yg dibuat keatas binatang takkan sama ngan kalau uji kat manusia. Itu yg aku diberitahu. Okay setelah itu, baru masuk peringkat dimana ujian boleh dilakukan keatas manusia setelah semua data diperolehi daripada ujian keatas binatang. Terdapat 4 peringkat dan setiap peringkat mempunyai jumlah bahan uji kaji yg berbeza( bilangan orang ). Ada sebabya. Nanti kalau ada masa aku kasi tahu

Peringkat 1
Kalau berminat boleh jadi bahan( sukarela) tapi kalau ubat yg hendak diuji untuk AIDS dan kanser kena orang yg ada sakit tu. Kalau tak yg sihat plak boleh dpt penyakit tu. Pastu orang yg diuji dan petugas yg memantau akan dimaklumkan ttg semua maklumat ttg ubat yg digunakan. Yg ni dipanggil sebagai open blind study.

Peringkat 2
Banyak sikit orang yg dikaji. Tapi salah sorang daripada mereka akan diberikan ubat kosong kalau bahasa saintifiknya placebo dan yg lain akan diberikan ubat yg dikaji.Untuk ni cuma petugas je yg tahu pasal benda ni dan org yg kena uji takkan tahu. Untuk dptkan data yg lebih terperinci. Yg ni dipanggil single blind study.

Peringkat 3
Lagi banyak orang. Bagi jugak placebo. Dan kedua belah pihak takkan tahu ttg ubat yg diberikan. Dan yg ni dipanggilkan sbg double blind study.

Peringkat 4
Ini merupakan fasa terakhir dimana ubat yg diuji akan diberikan cop pengesahan untuk dijual dan seterusnya digunakan oleh semua orang. Dari segi maklumat ubat tersebut, kandungan, dose dan banyak lagi akan dimaklumkan.

Setiap peringkat, tempatnya berbeza.

AKu rasa tu je pasal ubat ni.
Kalau ada orang rasa apa yg aku bagitau ni tak tepat, tak betul dan tak cukup boleh bagitau kat aku. Maklumlah aku baru je belajar benda ni.

No comments:

Post a Comment