Monday, February 28, 2011

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

ARKIB : 27/02/2011

Laser buang tatu, tanda kelahiran

MINGGU lepas saya dikunjungi seorang bapa yang membawa anak terunanya berusia 20-an untuk mendapat rawatan. Bapa itu berusia lingkungan 50-an. Mereka sangat ramah dan mesra. Remaja itu bakal menempuh ujian memasuki sebuah maktab tentera.
Pada mula nya saya agak keliru tentang kunjungan mereka ke klinik aesthetic saya. Jarang sekali saya dikunjungi lelaki anak beranak yang memerlukan rawatan.
Rupa-rupanya masalah remaja itu adalah kerana mempunyai tatu di lengan bahu kanan. Saya memerhatikan tatu tersebut yang bersaiz 6x3 sentimeter. Tatu bergambar tengkorak berwarna hijau gelap jelas kelihatan di lengan kanan teruna tersebut.
Saya difahamkan tatu dibuat oleh kawannya tiga tahun lalu semasa mereka berkunjung ke sebuah tempat membuat tatu di Singapura. Dia menyangka tatu itu akan tanggal sendiri namun tekaannya meleset. Selepas beberapa tahun tatu masih kekal.
Cita-citanya untuk memasuki maktab tentera akan terjejas lantaran keadaan fizikalnya yang bertatu. Dia juga telah dinasihatkan oleh beberapa pegawai yang ditemui supaya membuang tatu tersebut.
Tatu adalah tanda yang kelihatan akibat memasukkan dakwat khas di kawasan lapisan dermis kulit. Oleh kerana dakwat itu diletakkan di kawasan dermis, maka ia kelihatan kekal dan susah untuk dihilangkan. Terdapat teknik memasukkan dakwat menggunakan pen elektrik. Dakwat yang digunakan adalah jenis kekal dan tidak kalis air. Ia masuk sehingga 3mm ke dalam kulit.
Berbeza zaman dulu di mana tatu adalah bersifat adat, kini kegilaan tatu adalah untuk kecantikan. Ramai yang meletak tatu pada kening bagi menggantikan kening asal. Ada juga yang meletakkan tatu pada bibir bagi menampakkan bibir merah dan menarik sentiasa. Di bawah mata juga mereka menggunakan tatu bagi menampakkan mata seakan bercelak.
Kaedah membuang tatu sebelum ini adalah dengan menggunakan cara pembedahan. Ada juga menggunakan asid untuk menghilangkan tatu. Pisau digunakan bagi memotong selapis kulit bagi menghilangkan tatu tersebut. Apabila luka terjadi kulit dibalut dan dibubuh ubat.
Kaedah tersebut bukan sahaja sangat sakit tetapi meninggalkan parut yang hodoh. Penggunaan asid yang kuat menghakis kulit sehingga kulit yang bertatu itu terkupas. Ia juga turut meninggalkan kesan parut yang menggerutu.
Kini terdapat kaedah baru untuk menghilangkan tatu dengan lebih berkesan tanpa meninggalkan sebarang parut.
Kaedah tersebut adalah dengan menggunakan Q-Switched Nd:Yag laser (Medlite C6). Dakwat tatu dihilangkan menggunakan konsep "photo acoustic" yang dihasilkan oleh Medlite C6. Photo acustic bermaksud cahaya laser ini amat selektif kepada kehadiran pigmen.
Apabila laser dipancar di kawasan tatu, pancarannya akan memecahkan dakwat di lapisan dermis kepada partikel lebih halus tanpa merosakkan lapisan atas kulit. Partikel dakwat yang hancur di bawah kulit akan diserap ke dalam badan dan dibuang sebagai bahan perkumuhan atau najis.
Laser jenis ini mampu masuk ke dalam kulit sehingga mencapai ketebalan beberapa milimeter. Tenaga haba yang dihasilkan oleh laser agak perit namun teknik 'coolant' dan menyapu ubat kebas dikawasan yang mahu dirawat menjadikan prosedur ini agak selesa bagi.
Proses ini memerlukan beberapa sesi untuk menghilangkan semua kesan dakwat tatu, tetapi ia sangat berkesan, selamat dan tidak meninggal kan sebarang parut. Faktor tidak meninggalkan parut ini menjadikan Medlite C6 satu kaedah membuang tatu yang digemari ramai.
Cara laser dipancarkan juga adalah mudah. Oleh kerana laser yang digunakan agak terang cahayanya maka pelanggan dan doktor merawat akan memakai cermin mata gelap. Selain daripada itu tidak perlu langkah-langkah lain.
Laser ini juga diguna kan untuk membantu menghilangkan tanda lahir yang sebelum ini tidak boleh dihilangkan. Contoh tanda lahir yang biasa dirawat menggunakan Medlite C6 adalah Nevus of OTA dan Café aulait. Selain itu ia sangat berkesan bagi semua jenis masalah pigmentasi. Dewasa ini pigmentasi biasanya terjadi disebabkan penggunaan kosmetik yang merosakkan sel kulit. Apabila medlite dipancar ia akan memecahkan pigmen menjadikan kulit tampak bersih dan cerah. Kebaikan lain menggunakan medlite adalah kulit akan mengalami peningkatan kolagen membuatkan kulit akan tampak semakin muda.
Laser jenis ini juga mampu menghilangkan bulu roma halus dan mengecilkan pori-pori kulit secara semula jadi. Penggunaannya sebulan sekali membuat kulit tampak halus dan cantik. Oleh itu ia juga sesuai bagi meningkatkan kualiti kulit dan menghalang kedutan.

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

ARKIB : 27/02/2011

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Apendisitis bukan sakit perut biasa




JANGAN makan pedas lagi ya." Itu pesan rakan-rakan kepada Arif (bukan nama sebenar) setelah dia kembali ke pejabat selepas pulih daripada pembedahan membuang apendiks baru-baru ini.

Seperti kebanyakan pembaca, Arif juga pada mulanya tidak mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai sakit yang dialaminya.

Sakit perut seakan senak dan kembung pada tanggapannya disebabkan tersalah makan.

Kesakitan itu bermula ketika dia bangun tidur. Perutnya seperti menegang dan rasa kembung di bahagian tengah. Lama kelamaan melarat ke bahagian kanan abdomen dan berlarutan untuk tempoh yang lama. Ketika itu juga dia berasa seperti mual dan tidak berselera menjamah makanan.

Disebabkan kesakitan yang tidak mampu ditahan, dia menggagahkan diri bersendirian ke klinik berdekatan. Selepas diperiksa, doktor mengesahkan dia mengalami radang apendiks (apendisitis) dan terus merujuk kes tersebut ke hospital berdekatan.

Tanpa berlengah, pembedahan dilakukan bagi membuang apendiks yang telah pun bernanah. Arif bernasib baik kerana masalahnya cepat dikenalpasti dan pembedahan dilakukan dengan segera.

Radang apendiks atau disebut juga sakit apendiks merupakan masalah kesihatan biasa yang dialami ramai individu. Pengetahuan yang cetek mengenai masalah ini menyebabkan ramai memandang remeh mengenainya.

Walaupun tidak terlalu serius, apendisitis sebenarnya boleh mengancam nyawa andai dibiar berlarutan.

Dua kali dibedah

Pengalaman seorang lagi bekas pesakit, Mohd (juga bukan nama sebenar)menjalani dua pembedahan akibat apendiks mungkin boleh menjadi panduan.

Seperti pesakit lain, dia juga pada mulanya tidak mengesyaki diri mengalami apendisitis. Pada peringkat awal, dia menahan sakit dengan mengambil ubat herba yang biasa untuk mengatasi sakit perut.

Disebabkan ia langsung tidak menunjukkan kesan malah semakin lama sakit semakin dirasakan, Mohd terus merujuk perkara tersebut ke klinik berdekatan.

Dia yang didiagnos mengalami apendisitis ringan disyorkan menjalani pembedahan laparaskopi apendektomi di hospital berdekatan. Tiga lubang kecil dibuat dan port dimasukkan bagi mengesan serta membuang apendiks. Malangnya kaedah tersebut gagal menemui struktur tersebut. Puas dicuba dan akhirnya dia terpaksa menjalani pembedahan terbuka pula bagi memudahkan apendiks dibuang.

Menurut Dr. Nazri, kes seperti itu bukan satu perkara yang ganjil untuk berlaku.

Keadaan tersebut berlaku disebabkan usus manusia yang tidak tetap dan berlipat-lipat sehingga menyebabkan kedudukan apendiks mungkin dilindungi atau terkebelakang.

Tuesday, February 22, 2011

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Utusan Malaysia Online - Kesihatan


ARKIB : 22/02/2011

Hari Kanser tanam kesedaran




Laporan oleh Persatuan Antarabangsa Kawalan Kanser (UICC) menunjukkan setiap tahun di seluruh dunia sebanyak 7.6 juta dilaporkan meninggal dunia akibat kanser dan hampir 12.7 juta orang lagi berisiko mendapat penyakit tersebut.

Malah jika masih tiada sebarang langkah proaktif diambil, angka tersebut akan terus meningkat sebanyak 26 juta kes baru dan 17 juta kematian menjelang tahun 2030 terutamanya di negara-negara sedang membangun dan miskin.

Menyedari ancaman tersebut UICC telah menginisiatifkan Sambutan Hari Kanser Sedunia pada 4 Februari setiap tahun dengan sokongan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Di Malaysia sambutan yang sama telah diadakan oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada 4 Februari lalu dengan bertemakan Kanser Boleh Dicegah.

Hakikatnya kanser merupakan penyakit yang boleh membawa maut, namun ia masih boleh dicegah dan sesetengahnya mampu disembuhkan melalui rawatan-rawatan yang khusus.

Ketua dan Pengarah Kesihatan NCSM, Dr. Saunthari Somasundaram berkata, sebagai salah sebuah ahli dalam UICC, NCSM turut komited dalam usahanya membendung peningkatan seterusnya mengurangkan jumlah kematian disebabkan kanser di negara ini.

''Kami di NCSM perlu menyebarkan fakta dan maklumat sebenar kepada bahawa kanser bukannya penyakit yang mudah dijangkiti.

"Sebaliknya kanser satu jenis penyakit yang boleh dicegah dan dielak melalui perubahan gaya hidup," katanya.

Dr. Saunthari berkata, tahun 2011 merupakan tahun untuk menjelaskan mengenai penyakit yang tidak mudah berjangkit termasuk kanser, penyakit jantung, dan kencing manis.

Kebanyakan penyakit ini menyebabkan lebih 60 peratus kematian di seluruh dunia.

"Kanser, penyakit kencing manis dan penyakit jantung bukan lagi penyakit yang melibatkan golongan kaya sahaja kerana hari ini penyakit tersebut turut menjangkiti orang ramai yang terdiri daripada penduduk miskin melebihi daripada jangkitan penyakit lain.

''Sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus kanser boleh dicegah dan satu pertiga kanser boleh dirawat melalui pendedahan awal tentang penyakit dan juga rawatan,'' katanya.

Katanya, risiko untuk mendapat kanser sebenarnya boleh dielakkan dengan berhenti daripada tabiat merokok, mengurangkan jumlah pengambilan alkohol, mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari yang terlampau, makan makanan yang sihat dan mengekalkan berat badan dan melindungi daripada jangkitan yang menyebabkan kanser.

Pada tahun ini jelasnya, NCSM juga turut menganjurkan beberapa aktiviti seperti larian berganti-ganti yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 11 hingga 12 Jun selama 16 jam.

Program ini juga akan turut diadakan di Melaka pada Bulan Julai dan di Pulau Pinang pada bulan Oktober.

NCSM juga katanya, turut menganjurkan kempen penggalakkan hidup secara sihat kepada kanak-kanak sekolah melalui kempen Hope for Our Children dan juga kempen barah payu dara dan barah servik termasuk taklimat-taklimat lain mengenai kanser.

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Tuesday, February 8, 2011

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Utusan Malaysia Online - Kesihatan

ARKIB : 06/02/2011

Punca jangkitan bayi

RASHIDAH bersyukur dikurniakan bayi perempuan comel bernama Mila. Beberapa minggu selepas Mila dibenarkan pulang ke rumah keadaan menjadi sibuk kerana ada sahaja sanak saudara dan sahabat handai melawat si comel.

Suatu hari, Rashidah batuk - batuk dan seperti demam selesema dengan rasa perit di tekak. Menyangkakan hanya batuk biasa akibat kesibukan menjaga bayi yang baru lahir, maka dia membeli ubat batuk dari kedai.

Dalam tempoh seminggu, batuk yang dialami semakin teruk dan diiringi kesesakan bernafas. Akhirnya dia berjumpa doktor dan disahkan menghidap pertusis yang dikenali batuk kokol. Tanpa disangka Mila pula menunjukkan tanda jangkitan seperti batuk teruk diikuti bunyi ‘whoop’ yang nyaring. Setiap kali batuk , mukanya merah padam, menyebabkannya rasa rengsa dan meragam. Mila disahkan menghidap pertusis.

Rashidah diberitahu bahawa daya tahannya terhadap pertusis telah berkurangan secara beransur-ansur walaupun dia pernah diberi vaksin penyakit itu semasa bayi. Sementara itu, Mila pula masih belum sempat diberi tiga dos vaksin pertusis, sebab itulah dia terdedah kepada penyakit itu. Untuk mencegah jangkitan daripada merebak, doktor mencadangkan agar anak sulung Rashidah, Rashid yang berusia 9 tahun diberi vaksin penggalak (booster).

Kenali pertusis

Batuk kokol atau dalam bahasa Inggeris (Pertussis), atau (whooping cough), adalah penyakit yang mudah berjangkit dan merupakan salah satu penyakit bervaksin penyebab utama kematian.

Terdapat 30 hingga 50 juta kes setiap tahun, dan sekitar 300,000 kematian setahun. Hampir 90 peratus kes berlaku di negara membangun.

Penyakit batuk kokol disebabkan bakteria Bordetelia pertussis dan berpunca daripada jangkitan saluran pernafasan yang tersekat-sekat terutama di kalangan kanak-kanak berumur bawah dua tahun. Tanda-tandanya adalah batuk sekali-sekala dan melarat menjadi batuk kokol berpanjangan dan akhirnya muntah.

Menurut Pakar Runding Pediatrik dan Presiden Persatuan Pediatrik Asia Pasifik, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, Malaysia belum ada data terkini mengenai batuk kokol namun sehingga 2005, laporan kes penyakit ini menunjukkan peningkatan.

Profil Imunisasi Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan hanya enam kes batuk kokol dilaporkan pada 2006.

Ini disebabkan semua bayi di Malaysia wajib mendapatkan vaksin DTP (Difteria, Tetanus dan Pertusis). Keberkesanan vaksin ini berjaya mengekang penularan jangkitan batuk kokol buat masa ini.

“Keimunan penuh terhadap batuk kokol bagi bayi hanya diperoleh selepas dos ketiga vaksin diberikan apabila bayi berusia lima bulan. Pendedahan kepada bakteria pada bila-bila masa sebelum keimunan penuh diperoleh boleh menyebabkan jangkitan, dan membawa kesan memudaratkan.

‘‘Masalahnya, daya tahan terhadap penyakit tidak kekal kerana tahap imuniti semakin berkurangan apabila kanak-kanak berusia 11 atau 12 tahun. Namun begitu, mereka boleh diberi suntikan penggalak untuk mencegah batuk kokol, agar tidak menghidap penyakit tersebut ataupun menyebarkannya kepada bayi yang baru lahir. Sebahagian besar daripada jangkitan batuk kokol di kalangan bayi baru lahir memang berpunca daripada orang dewasa yang dijangkiti,” ujar beliau pada sidang media tentang vaksin pertusis anjuran Sanofi Pasteur baru-baru ini.

Vaksin

Vaksin DTP ialah salah satu daripada vaksin dalam Program Imunisasi Kementerian Kesihatan yang bermatlamat memberi vaksin kepada setiap kanak-kanak di Malaysia. Bayi menerima suntikan vaksin DTP pada usia dua bulan, tiga bulan dan akhirnya lima bulan dengan satu lagi dos tambahan pada usia 18 bulan.

Tambah Dr. Zulkifli, oleh kerana vaksin batuk kokol berkesan selama kira-kira lima tahun.

“Langkah ini amat penting agar orang dewasa tidak menghidap penyakit dan menyebarkannya kepada bayi yang belum menerima dos pemvaksinan penuh DTP. Vaksin penggalak atau tambahan untuk dewasa berbeza daripada vaksin untuk bayi kerana ia mempunyai komponen difteria dan pertusis yang lebih rendah (dTp),” ujarnya.

Beliau menambah, vaksin dTp untuk orang dewasa digalakkan khasnya bagi orang dewasa yang sentiasa berdekatan kanak-kanak seperti guru tadika, pekerja tadika, pembantu rumah dan juga pekerja kesihatan dan perubatan.

Terbaru, terdapat vaksin baru yang lebih lama jangka hayatnya iaitu bertahan selama 10 tahun iaitu DTPa untuk kanak-kanak dan dTpa untuk dewasa.

Utusan Malaysia Online - Health

Utusan Malaysia Online - Health

Published: 30/01/2011

Beware of those countries


Those who can not stand the cold weather is easy to fall sick. Make sure you are ready with the appropriate medication before visiting cold climates.


WELL in the country who provide a fun experience. No matter whether traveling for business or work, would then be fully utilized to identify the place and culture in the countries we visited.

But as humans we are only able to plan, the remaining power of God that no one can prevent. Become ill while in the course invite various problems.

If you are in developed countries, perhaps the matter could be dealt with easily, but how about if located in a third world country?

Family Health Specialist, Dr. Nani Draman from Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian said the key to avoid getting sick in the country to be visited is the preparation and knowledge prior to it.

"We should know what are the diseases commonly found in the place to be visited, and the probability of getting the disease,? he said.

With the knowledge that he, at least we can be prepared in various ways that can reduce the risk of disease. In addition, prior to departure we would know in advance how long it will be in place and the activities that will be there.

Among them he said, taking the appropriate vaccinations. Take health insurance that includes liability expenses while abroad he also was a wise move for those who are frequently outside the country.

According to Dr. Nani, the types of diseases common when traveling to a place of retreat, such as Cambodia, Africa and rural India are vomiting and diarrhea, known as traveler's diarrhea, infections of the skin, dengue, malaria, klorela, typhoid, infections meningococcal, influenza and tuberculosis.

Immunization

"Immunization should be taken early before leaving the country to be visited because it is given in several doses as scheduled. It should be at least three to six months before departure. If immunization is given early and had the body to produce antibodies, the immunization is tosurvive during our stay in the country being visited, "he said.

Nevertheless, he said, it must be remembered, not all give 100 per cent immunization coverage in the individual.

If the visit is designed in a short period, the immunization schedules can be rearranged. In this case, he said, the vaccine will be given in several different places (shoulders, hips or thighs) on the same day.

Usually, said Dr. Nani, making immunization is based on common diseases in the country to be visited

For example, immunization for yellow fever is compulsory for travelers who want to visit Africa and South America due to the disease is endemic in the country.

In addition a number of other immunizations such as hepatitis A, hepatitis B, typhoid, meningoccal meningitis, polio, rabies, Japanese Encephalitis Vaccine (JE) and the pneumococcal vaccine is also recommended.

"To those who wish to perform Hajj, the Saudi Arabian authorities require meningococcal and influenza immunization," he said.

For countries with high malaria cases reported, travelers should take the medication before, during, and after returning from there.

Sunday, February 6, 2011

Semangat Datang Kembali

aku baru je habis bercuti. Cuti Tahun Baru Cina. Best jugak kali ni, sbb kampung aku kena banjir. Time tu aku ingat lagi, waktu tu aku tengah nyenyak tidur, tiba2 je ada orang menjerit air

Sambung kembali cytokine

I want to add something about cytokine
1) various cytokine can be produced by one type of cell
2) one type of cytokine can influence action of another cytokine
3) one cytokine can unrelated effects
4) several different of cytokine can have similar effect
5) produced by many type of cells mainly T lymphocyte and macrophage
6) act in network and serial of cascade
7) most can be produced by DNA recombinant technology
8) detected by BIOASSAY or IMMUNOASSAY

Saturday, February 5, 2011

Cytokine

Kali ni mcm ckit formal ckit ayat aku ni. So accept je

1) Cytokine is a soluble regulatory protein that act as intercellular message when release by certain cells
2) It is immune cytokines - hormone for immune system and hemapoeitic system
3) Non antigen - specific
4) Produce and immediately released following response to a stimulation
5) Once produced cannot be stored in the cell
6) Act as in small concentration and limited in local region
7) Have a short life 
8) Act through specific receptor on cell surface

Ni lebih kurang image cytokine yg menolong B cell ngan CD8 cell bertindak dlm badan korang( aku pun ada jugak) 

Monday, January 24, 2011

Tokoh Perubatan ( IBNU SINA)

IBNU SINA – TOKOH PERUBATAN ISLAM.
Latar Belakang Ibnu Sina
IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.
Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.
Ensiklopedia Kedoktoran Pertama
Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.
Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.
Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb
Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".
Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.
Perintis Pengenalan Penyakit Saraf
Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.
Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.
Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.
Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.
Bidang Geografi
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."
Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada :
1.Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.
2.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
3.Bidang metafizika , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)
4.Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral).
6.Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.
7.Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia.
8.Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.
9.Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang politik.
Sumbangan Ibnu Sina
Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :
  1. Kuat atau denyutan yang lemah.
  2. Masa antara denyutan.
  3. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.
Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:
Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.
Penutup
Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.
RUJUKAN
  1. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Sains Menurut Perspektif Islam: Pusat pengajian umum UKM, Bangi.
  2. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Islam Al-Quran dan Ideologi Masa Kini: Pusat Pengajian Umum UKM, Bangi
  3. H. Zainal Abidin Ahmad. 1974. Ibnu Sina . Bulan Bintang Jakarta.

diambil daripada:
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/zuraidah.html

P/S : Aku kagum ngan tokoh perubatan ni. 

History Taking

Salam kpd semua. Kali ni aku nak berbicara pasal tajuk kali ni. History taking merupakan satu proses utk membuat diagnosis ttg penyakit yg dihadapi oleh pesakit. Sem 2 ni aku dah mula belajar pasal ni dalam modul CSL. Salah satu komponen yg aku kena pelajari sehingga aku graduate. Wow!!!! Yalah bukan kita boleh hentam je soklan kat pesakit. Kan karang salah tanya soklan, pastu diagnosis salah buat dan pastu silap buat treatment. Sape yg susah. Kita jugak. MERANA pesakit. Tak sembuh2. Sebenarnya ada berapa langkah buat history taking ni.


Bagi salam. Tunjuk ckit ada rasa sopan santun. Baru pesakit senang hati dan yakin kita boleh rawat mereka. Tanya nama ngan umur. Maklumat umur penting kerna ada penyakit ada kaitan ngan umur. Pastu tanya masalah yg dihadapi oleh patient. Ni mcm chief complaint. Chief complaint akan menentukan apa penyakit yg mungkin dihadapi oleh patient. So dengar betul2 jgn terlepas pandang. Next, tanya ngan lebih lanjut mcm mana boleh dpt penyakit tersebut. Misalnya kalau patient complain yg dia dpt knee pain ada tak menjejaska kehidupan seharianmya. Ni mcm history of present illness. Satu proses yg diceritakan oleh patient. Kita plak jgn dok diam je. Kena ada communication ckit. Tanya soklan mcm open atau close question. Dari cni baru kita boleh agak apa yg dihadapi oleh pesakit. Seterusnya, tanya pasal past history, family history ngan social history. Sebenarnya ada banyak lagi. Aku cuma tunjuk yg basic je. Ada sesetengah history taking mcm kalau patient tu wanita atau kanak2 lain caranya kita tanya. Tu nanti aku akan bagitau. Apapun, nak jadi doktor ni kena yakin jgn sekali gugup.

Saturday, January 22, 2011

Histroy taking.

Salam. Salah satu komponen yg paling penting yg aku akan belajar sem2 ni adalah mcm mana nak ambik history patient. Bunyi mcm senang. Aku mula2 ambik history dari patient ada jugak rasa cuak gementar walaupun patient tu kawan sendiri. Fuh nasib baik ok. Dlm history taking, terdapat banyak komponen. Jadi kita ni tak leh nak hentam je, main tibai soalan. Karang tak pasal2 silap kasi diagnosis. Kita kena anggap diri kita sebagai detektif. Tahukan tugas detektif. Kalau tak tahu cari kat google. Malas aku nak terangkan.

Pertama
Bagi salam dulu. Pastu tanya nama. Mcm mengenali orang baru. Pastu tanya sbb dtg. Dari situ kita dah boleh tahu chief complaint nya apa.
Kedua
Kita tanya ngan lebih lanjut mcm mana patient boleh dpt penyakit tu. Ni history pressenting illness. Jadi dari situ, kita boleh tahu ngan lebih lanjut dan boleh mengenalpasti masalah yg sebenarnya. Kita jugak boleh tanyakan soklan, so takdelah patient je yg bercakap. Penat kot. Tanyakan pasal symptom kerna dengan ni boleh kita agak apa masalah yg dihadapi oleh patient dengan lebih tepat.

Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi aku kasi tahu yg basic je. So sapa2 yg baca benda ni kalau nak tambah silakan. Aku pun bukan dasyat. Cuma insan biasa je. Ada lagi yg lebih spesifik seperti kalau patient tu perempuan atau kanak2. Yg tu ada cara stepnya yg tersendiri. Lain dari laki.

Dah Lama Tak tulis apa2

Salam. Aku baru je habis ngan final exam. Dab baru2 ni pun baru habis mini test.
Mini test ni pasal medicine and society. Modul baru yg aku akan belajar dan sekarang sedang belajar benda. Banyak orang bising pasal modul sebabnya bosan dan benda yg kena beljar semuanya benda asas. Misalnya pasal waste management, pollution, prevention medicine dan sewaktu ngannya. Tapi aku rasa sbg org yg bakal jadi doktor, InsyaAllah patut kita kena appreciate modul ni. Bukan semua penyakit boleh diubati ngan ubat yg ada skrg. Kita kena tengok secara menyeluruh. Dari segala aspek seperti social factor, environmental factor, physical factor dan banyak lagi. Banyak kot, malas aku nak senaraikan semua. Boleh fikir kot korang. Sebab tu jgn anggap semua boleh sembuh dengan ubat je. Tapi yg pasti semua dari Allah, jadi kita cuma boleh berusaha untuk mengawal dan mencegah.